Penjenayah memulangkan semula sim kad selepas menyamun seorang lelaki dengan parang dalam kejadian di kawasan tapak pembinaan berhampiran pasar raya di Putatan, Penampang, kelmarin.
Dalam kejadian 4.21 petang itu, mangsa dikatakan sedang mandi di kawasan tapak pembinaan terbabit bersama dua rakannya.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata, tidak lama selepas itu, mangsa dihampiri dua lelaki tidak dikenali lalu menghunus sebilah parang ke bahagian rusuk mangsa dan mengambil telefon bimbitnya.
"Tidak lama selepas itu, suspek memulangkan semula sim kad telefon bimbit kepada mangsa, lalu beredar. Sebaik suspek tiada di lokasi, mangsa bergegas membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, hasil risikan dan maklumat yang dikumpul, polis kemudian menahan tiga suspek yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan, semalam.
"Pemeriksaan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
"Hasil saringan ujian air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah," katanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan menggunakan senjata.-myMetro
Penyamun Pulangkan Sim Kad
Reviewed by Unknown
on
February 28, 2018
Rating:
No comments: