Seo Services

Salman Khan Tak Kahwin Sebab Kos Mahal


Salman Khan mendedahkan punca utama dia masih belum berkahwin sehingga ke hari ini ialah kerana kos untuk mengadakan majlis perkahwinan terlalu mahal sekarang dan dia tidak mampu menampung perbelanjaan itu.

Pelakon berusia 52 tahun itu berkata, majlis perkahwinan sudah menjadi satu perkara yang besar sehingga ramai yang sanggup menghabiskan banyak wang untuk berkahwin.

“Saya tidak mampu. Sebab itulah saya masih bujang,” katanya.

Terdahulu, Salman dikatakan pernah menganjurkan majlis perkahwinan untuk kakaknya Arpita pada 2014 di Istana Falaknuma, Hyderabad apabila kos jamuannya antara yang termahal di India.

Selain itu, Salman juga disenaraikan oleh majalah Forbes pada 2017 sebagai antara tiga pelakon Bollywood yang menerima bayaran termahal iaitu AS$37 juta (RM145,021,583) setahun.

Pada 2016, dia pernah membuat pengakuan punca utama dia tidak berkahwin adalah kerana berasakan dia tidak mampu menjadi seorang suami yang baik.

Barangkali, atas alasan itu juga pelakon yang terkenal menerusi filem Kick itu belum menoktahkan zaman bujangnya.

Bagaimanapun, peminat seluruh dunia sentiasa mendoakan supaya Salman mendirikan rumah tangga secepat mungkin.-myMetro
Salman Khan Tak Kahwin Sebab Kos Mahal Salman Khan Tak Kahwin Sebab Kos Mahal Reviewed by Unknown on February 27, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.