WASHINGTON – Seramai 11 orang termasuk pegawai tentera dilaporkan jatuh sakit selepas membuka sampul surat yang mengandungi bahan tidak dikenal pasti di pangkalan tentera Amerika Syarikat dekat sini hari ini.
Angkatan Tentera Marin Amerika berkata, insiden yang berlaku di Pangkalan Bersama Myer-Henderson Hall itu mengakibatkan bangunan di kawasan berkenaan terpaksa dikosongkan.
“Kami sedang bekerjasama dengan pasukan HAZMAT dan FBI. Beberapa orang pegawai Marin sedang menerima rawatan akibat daripada insiden berkenaan.
“Tiada maklumat tambahan buat masa sekarang dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - AFP
Sebelas Jatuh Sakit Selepas Buka Sampul Tercemar
Reviewed by Unknown
on
February 28, 2018
Rating:
No comments: