Seo Services

3 Jemaah Masjid Di Kasala Maut Ditikam



KHARTOUM – Tiga jemaah sebuah masjid di Kasala maut manakala beberapa lagi cedera diserang seorang lelaki berpisau, semalam.

Ketua Polis Kasala, Yahi Sulayman berkata kejadian itu berlaku apabila jemaah sedang menunaikan solat Isyak di masjid berkenaan yang bersempadan dengan negara Eritrea.

“Tiga maut dalam serangan itu dan beberapa lagi cedera ditikam dengan pisau,” katanya.

Menurut keterangan saksi, penyerang itu mula bertindak ganas apabila cubaannya untuk berucap di hadapan jemaah tidak dipedulikan.

“Insiden terbabit mendorong jemaah lain untuk melawan dan membunuh penyerang itu,” kata Sulayman sambil memberitahu, identiti penyerang masih tidak diketahui.

Sudan menutup sempadan di bahagian timur yang berjiran dengan Eritrea, beberapa hari selepas pengisytiharan darurat dibuat di Kasala.

Menurut jurucakap kerajaan, langkah itu adalah sebahagian daripada kempen kerajaan untuk mengumpul semua senjata api yang diperoleh secara haram di negeri berkenaan. – AFP
3 Jemaah Masjid Di Kasala Maut Ditikam 3 Jemaah Masjid Di Kasala Maut Ditikam Reviewed by Unknown on March 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.