Seo Services

Apa Lagi Ni Farid Kamil?


Datuk Farid Kamil dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini kerana membuat laporan palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 37, akan dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

"Kes sudah dirujuk kepada Pengarah Perundangan Negeri Selangor dan diarahkan dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda mengikut Seksyen 193 kanun yang sama," katanya kepada NSTP, hari ini.

Dalam sidang media sebelum ini, Farid mendedahkan gambar dua lelaki yang didakwa individu sebenar meletakkan dadah dalam minumannya.

Dakwa Farid, individu sebenar yang mendatanginya pada hari kejadian adalah pengurus artis dan penyanyi yang memperkenalkan diri sebagai Taj dan Osh.

Farid turut menafikan dua artis yang tampil memberi keterangan berhubung kes dadah itu bukan individu sebenar yang digambarkannya kepada polis.

Pada 16 Januari lalu, suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara pada 11 Januari.

Beliau juga turut dituduh di mahkamah sama atas penggunaan dadah jenis THC iaitu '11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid, yang juga dadah terdapat pada ganja.-myMetro
Apa Lagi Ni Farid Kamil? Apa Lagi Ni Farid Kamil? Reviewed by Unknown on March 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.