Seo Services

2 Beradik 'Kaki Lalok' Ditahan


Tindakan dua beradik lelaki melepaskan gian menghisap dadah morfin di rumah mereka di Kampung Tembak, Kuala Ketil, Baling, mengundang padah apabila mereka ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekitar daerah ini, hari ini.

Dalam operasi selama empat jam bermula 8 pagi itu,

Pegawai AADK daerah Baling, Arnida Ishak berkata, pihaknya menahan dua beradik itu berusia 35 dan 40 tahun sedang khayal di rumah mereka akibat pengaruh dadah.

Menurutnya, mereka yang masih belum berkahwin itu dipercayai sudah lebih 10 tahun terbabit dalam penagihan dadah.

"Selain itu, kita turut menahan seorang lagi lelaki di rumah lain di kampung sama kerana memiliki dadah morfin seberat tiga gram sebelum dia diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Hasil ujian saringan air kencing ke atas adik beradik itu mendapati mereka positif morfin dan kini ditahan reman di Pusat Tahanan Reman, Serdang untuk siasatan lanjut selama 14 hari," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Arnida berkata, mereka yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

"AADK sentiasa mendapat kerjasama daripada agensi dan sukarelawan untuk membanteras gejala dadah termasuk penduduk yang mengenal pasti port dadah untuk dimusnahkan.

"Kita akan menggempur berterusan bagi membanteras gejala dadah tanpa mengira latar belakang dan usia termasuk pelajar sekolah," katanya.-myMetro
2 Beradik 'Kaki Lalok' Ditahan 2 Beradik 'Kaki Lalok' Ditahan Reviewed by Unknown on March 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.