Seo Services

Belajar Dari Pengalaman, Zahirah ‘Kunci Mulut’ Soal Cinta



PADA penghujung tahun lalu, kontroversi percintaan antara pelakon Zahirah Macwilson bersama dengan Zul Ariffin hangat diperkatakan sehingga ada yang membuat andaian bahawa hubungan mereka telah terputus di tengah jalan.

Bagaimanapun, pelakon tinggi lampai, Nur Zahirah Macwilson Zainol atau Zahirah Macwilson akui bahawa hubungannya bersama dengan aktor betubuh sasa itu masih lagi berjalan baik seperti biasa.

“Cukup sekadar saya katakan kami baik-baik sahaja dan masih berhubung, tapi saya enggan komen lanjut mengenai hubungan kami. Saya dan Zul tak bergaduh atau bermasam muka,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Tambahan pula, pelakon drama Duda Pujaan Dara itu lebih selesa untuk tidak memberi ulasan lanjut tentang status sebenar hubungannya bersama dengan Zul.

“Saya mohon maaf kerana tak dapat memberikan penjelasan terperinci. Sebagai perempuan, tak manis untuk saya memberikan komen berlebihan. Banyak hati yang perlu saya jaga dan saya juga tak nak babitkan pihak lain.

“Sekarang, masing-masing sibuk dengan tawaran lakonan. Lebih baik kami memberikan fokus terhadap kerjaya,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Zahirah pernah dikatakan menjadi punca perpisahan antara pelakon Kamal Adli bersama dengan Emma Maembong.

Malah, ianya bertambah buruk selepas beberapa isu telah dikaitkan termasuklah pengakuan bapa Zahirah, Zainol Macwilson yang dikatakan tidak merestui hubungannya bersama dengan Zul.

Tahun lalu, nama ketiga-tiga aktor itu mula menjadi bualan hangat di bibir netizen selepas pelbagai isu yang muncul.

Namun, bagi Zahirah dia mahu melakukan perubahan pada tahun ini kerana baginya, apa yang sudah terjadi sebelum ini merupakan pengajaran dalam hidupnya.

“Tahun lalu, saya terpalit dengan beberapa kontroversi. Jadi, saya mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran.

“Saya mahu terus fokus terhadap apa yang saya usahakan dan ingin mengukuhkan nama dalam bidang lakonan.

“Saya juga mahu memberikan kualiti terbaik dalam setiap karakter lakonan untuk membalas jasa keluarga serta peminat yang tidak berhenti menyokong selama ini,” ujarnya lagi.

Kini, Zahirah bakal muncul dengan drama bersiri baharu berjudul Tak Ada Cinta Sepertimu bagi siaran Astro Ria dan Ria HD bermula pada 12 Mac ini.

Drama berkenaan merupakan adaptasi novel karya Anna Milian serta antara pelakon yang membintangi drama bersiri itu ialah Syafiq Kyle, Fadlan Hazim, Zainol Macwilson, Ardell Aryana dan ramai lagi. -MYNEWSHUB.CC
Belajar Dari Pengalaman, Zahirah ‘Kunci Mulut’ Soal Cinta Belajar Dari Pengalaman, Zahirah ‘Kunci Mulut’ Soal Cinta Reviewed by Unknown on March 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.