Seo Services

PRU-14 : Cuti Penjawat Awam Tidak Dibekukan


KUANTAN - Cuti penjawat awam seluruh negara tidak akan dibekukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kecuali organisasi yang terlibat secara langsung seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, mereka boleh menikmati hujung minggu seperti biasa berikutan pihaknya tidak membuat sebarang ketetapan berhubung pembekuan cuti.

“Terpulang kepada bos (ketua perkhidmatan) masing-masing termasuk untuk memberi kelulusan cuti tahunan atau ke luar negara.

“Pada masa sama, tertakluk kepada jenis perkhidmatan dan tanggungjawab seperti SPR atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memang bertugas ketika itu (pilihan raya). Setiap ketua organisasi bijak dalam membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jangkauan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Jabatan Perkhidmatan Awam Zon Timur 2018 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
PRU-14 : Cuti Penjawat Awam Tidak Dibekukan PRU-14 : Cuti Penjawat Awam Tidak Dibekukan Reviewed by uMieySurianie on March 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.