Seo Services

Cadang pinda nama 41 Parlimen, DUN


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan 41 nama kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dipinda.

Berdasarkan Laporan Kajian Semula Persempadanan yang dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini, sebanyak 12 nama kawasan Parlimen dipinda manakala 28 kawasan lagi membabitkan DUN.

Laporan itu menyebut, kajian semula mendapati terdapat nama beberapa bahagian pilihan raya perlu dipinda kerana perubahan sempadan atau nama asalnya tidak lagi sesuai digunakan.

Laporan itu menyebut, tiada keperluan untuk meminda bahagian pilihan raya bagi Perlis, Terengganu, Pulau Pinang, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Labuan.

Selangor menjadi negeri kawasan paling banyak namanya dipinda iaitu sembilan DUN dan lima Parlimen.

Antara yang dicadang ialah Parlimen Serdang dipinda menjadi Bangi, Kelana Jaya kepada Subang, Petaling Jaya Selatan kepada Petaling Jaya, Petaling Jaya Utara kepada Damansara dan Parlimen Subang menjadi Parlimen Sungai Buloh.

DUN Selangor yang namanya dipinda adalah Batu Caves kepada Sungai Tua, Chempaka kepada Pandan Indah, Bangi kepada Sungai Ramal, Damansara Utama kepada Bandar Utama, Sungai Pinang kepada Bandar Baru Klang, Kota Alam Shah kepada Sentosa, Seri Andalas kepada Sungai Kandis, Sri Muda kepada Kota Kemuning dan Teluk Datuk kepada Banting.

Bagi Kedah, pindaan nama hanya membabitkan masing-masing satu kawasan Parlimen dan DUN iaitu Parlimen Alor Star ditukar kepada Alor Setar manakala Bakar Bata dinamakan sebagai Suka Menanti.

Di Kelantan, dua kawasan DUN dipinda namanya iaitu Bukit Tuku ditukar kepada nama baharu Apam Putra manakala DUN Perupok dipinda kepada Pantai Irama.

Di Terengganu, DUN Teluk Pasu dipinda nama kepada Buluh Gading.

Dua kawasan Parlimen dan dua DUN di Perak dipinda iaitu Parlimen Bagan Datok ditukar kepada Bagan Datuk dan Telok Intan menjadi Teluk Intan manakala DUN Kuala Sapetang dipinda menjadi Kuala Sepetang dan DUN Sitiawan dipinda kepada Astaka.

Di Melaka, satu kawasan Parlimen dipinda nama iaitu Parlimen Bukit Katil menjadi Hang Tuah Jaya manakala tiga DUN dipinda nama iaitu DUN Bukit Baru kepada Bukit Katil, DUN Bachang kepada Pengkalan Batu dan DUN Machap kepada Machap Jaya.

Hanya satu kawasan Parlimen di Negeri Sembilan dipinda namanya iaitu Teluk Kemang menjadi Port Dickson, manakala dua DUN dipinda iaitu DUN Port Dickson kepada Tanjung dan DUN Senawang menjadi Seremban Jaya.

Nama lapan kawasan DUN dipinda di Johor manakala hanya dua di kawasan Parlimen iaitu Tanjong Piai dipinda sebagai Tanjung Piai dan Gelang Patah menjadi Iskandar Puteri.

Lapan DUN Johor yang dipinda adalah Bukit Serampang ditukar kepada nama Bukit Kepong, Jorak kepada Bukit Pasir, Tanjong Surat kepada Tanjung Surat, Sungai Abong kepada Jeram, DUN Tanjong Puteri dipinda menjadi Larkin, Pengkalan Rinting kepada Perling, Nusa Jaya menjadi Kota Iskandar dan Pekan Nenas menjadi Pekan Nanas.

Cadang pinda nama 41 Parlimen, DUN Cadang pinda nama 41 Parlimen, DUN Reviewed by Unknown on March 29, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.