Seo Services

Emma Maembong Anggap Kahwin Bukan Sekadar Ikut Trend



Trend berkahwin ketika usia masih muda seolah-olah seperti telah menjadi satu trend yang hangat menjadi ikutan sekarang ini. Mungkin kerana sudah tiba masanya, atau kerana ingin mengikuti kawan yang turut telah berkahwin, ia terpulang pada seseorang itu.

Namun itu tidak kepada pelakon, Emma Maembong, meskipun ramai kawan-kawan rapatnya sudah mendirikan rumah tangga tetapi pada Emma dia tidak mahu memikirkan perkara itu. Malah, dia tidak mahu tergesa-gesa dalam hidupnya, mengikut trend kawan kahwin kita pun kena kahwin.

Itu kerana, Emma tidak mahu terlalu terdesak sehinggakan dia akhirnya berkahwin dengan lelaki yang salah dan tidak bersesuaian dengannya. Namun, apabila sudah tiba masanya nanti, pasti perkahwinan itu akan berlaku dan sudah tentu dia akan kongsikan perkara itu dengan semua orang.

Setuju sangat dengan pendapat Emma, tiada apa yang perlu ‘rushing’ dalam hidup ini, bila sampai masanya nanti pasti semua itu akan berlaku. Jangan terlalu ikutkan sangat trend atau kata-kata makcik-makcik bawang itu semua.

Yang akan melalui kehidupan mendatang adalah diri sendiri, nanti kalau salah pilih pasangan diri sendiri juga yang akan merana bukan mereka-mereka itu semua. Lagi pula, jodoh yang lambat itu adalah yang terbaik. Doakan sahaja yang terbaik buat Emma Maembong. –utaranews.com
Emma Maembong Anggap Kahwin Bukan Sekadar Ikut Trend Emma Maembong Anggap Kahwin Bukan Sekadar Ikut Trend Reviewed by Unknown on March 26, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.