KUALA LUMPUR: Minyak hitam, spanar dan kenderaan. Bagi segelintir pihak, itu mungkin dunia orang lelaki, tambahan pula ia sangat berkait rapat dengan golongan berkenaan terutama membabitkan modifikasi sesebuah kenderaan.
Namun tidak bagi gadis berusia 20 tahun ini apabila dia bukan saja mampu membaiki kenderaan dan melaksanakan modifikasi, malah tampak lebih cekap berbanding sesetengah kaum lelaki biarpun bidang itu didominasi golongan berkenaan.
Nurnisha Mokhtar berkata, dia sudah jatuh cinta dengan bidang itu sejak berusia 16 tahun dan gelaran mekanik wanita kepadanya sudah tidak asing lagi, malah mengaku bangga dengan jolokan terbabit.
“Saya mula mengenali bengkel sejak berusia 16 tahun. Abang dan sepupu saya mempunyai sebuah bengkel kenderaan dan ketika itu, saya mula cuba-cuba untuk membantu mereka.
“Cuma ketika itu tidak serius. Boleh saya katakan hanya ‘mengacau’ kerja mereka di bengkel saja. Tamat Sijil Pelajaran Malaysia, saya memohon untuk melanjutkan pengajian di kolej vokasional," katanya.-myMetro
Gadis Bengkel
Reviewed by Unknown
on
March 07, 2018
Rating:

No comments: