Seo Services

Harga minyak dunia jatuh


SINGAPURA: Harga minyak mentah global jatuh hari ini, dengan Brent didagangkan di bawah AS$70 setong dan West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat jatuh di bawah paras AS$65 setong.

Ia susulan laporan peningkatan inventori mentah AS yang mengejutkan banyak peniaga.

Niaga hadapan mentah WTI AS didagangkan AS$64.86 setong pada 0201 GMT, turun 39 cent, atau 0.6 peratus, daripada penyelesaian sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent AS$69.75 setong, turun 36 cent, atau 0.5 peratus.

Peniaga berkata, penurunan itu berlaku selepas Institut Petroleum Amerika (API) pada lewat Selasa melaporkan peningkatan sebanyak 5.3 juta tong dalam tempoh seminggu hingga 23 Mac, kepada 430.6 juta tong. - Reuters
Harga minyak dunia jatuh Harga minyak dunia jatuh Reviewed by Unknown on March 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.