SRI AMAN: Isu melibatkan kaum tidak seharusnya dibangkitkan kerana ia boleh menggugat keamanan dan kemakmuran negara, kata Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis.
Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak memainkan sentimen sesuatu kaum, sebaliknya perlu hormat menghormati serta memahami budaya dan agama masyarakat lain demi memperkukuhkan lagi perpaduan.
Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, dengan adanya sikap saling hormat-menghormati agama serta budaya masyarakat lain, sudah pasti negeri dan negara ini akan terus makmur tanpa pertelingkahan.
“Sarawak telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun dalam Malaysia, justeru perpaduan antara kaum perlu dipelihara dan dipertahankan, di mana perpaduan yang ada sekarang ini cukup mantap sehingga mendapat pujian di persada dunia.
“Ini semua adalah hasil pentadbiran pemimpin negara kita yang sentiasa mencari jalan terbaik untuk membentuk rakyat agar terus mengekalkan perpaduan,” tegasnya.
Sementara itu, beliau turut mengharapkan isu berkaitan sentimen agama hendaklah diselesaikan dengan penuh hikmah supaya tidak timbul pertelagahan, permusuhan dan ketegangan antara satu sama lain. – Sarawakiana
Isu Melibatkan Kaum Tidak Harus Dibangkitkan - Francis Harden
Reviewed by uMieySurianie
on
March 07, 2018
Rating:

No comments: