Seo Services

‘Jack The Ripper’ China Dihukum Mati


BEIJING – Pembunuh bersiri digelar ‘Jack the Ripper China’ dihukum mati semalam, selepas didapati bersalah membunuh 11 wanita dan budak perempuan dalam tempoh 14 tahun selepas perkosa mereka.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu, Gao Chengyong, 54, yang mengaku salah terhadap tuduhan membunuh, merogol, merompak dan mencederakan mayat, tidak menunjukkan sebarang emosi ketika hukuman dijatuhkan.

Dia mengaku pernah membunuh 11 mangsa itu antara 1988 hingga 2002 di Baiyin, wilayah Gansu, serta Baotou, Inner Mongolia.

Menurut AFP, mangsa termudanya ialah budak perempuan berusia lapan tahun dan ada mangsa yang organ dalaman mereka dikeluarkan.

Gao ditahan pada Ogos 2016 tanpa dirancang oleh polis selepas ujian DNA saudaranya yang melakukan jenayah lain membawa kepada pendedahan identitinya sebagai pembunuh bersiri yang diburu, menamatkan siasatan polis selama 28 tahun.

Lelaki itu menyasarkan wanita berpakaian merah, mengikut mereka pulang sebelum merogol dan membunuh mangsa dengan mengelar leher.

The Telegraph yang memetik media tempatan melaporkan, Gao tidak akan membuat rayuan bagi hukuman itu.

Sementara itu, adik seorang mangsanya, Deng Yan, memberitahu Red Star News: “Dia kejam. Saya tidak mampu bercerita mengenai kejadian itu. Sehingga sekarang saya ‘sakit’ setiap kali kes ini dibincangkan.”

‘Jack the Ripper’ sebenar ialah pembunuh bersiri di Britain yang membunuh sekurang-kurangnya lima pelacur ketika era Victoria, dengan cara sama.

Kes itu tidak diselesaikan kerana pihak polis sendiri pun gagal mengenal pasti identiti sebenar pembunuh. – Agensi/myMetro Online
‘Jack The Ripper’ China Dihukum Mati ‘Jack The Ripper’ China Dihukum Mati Reviewed by uMieySurianie on March 31, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.