Seo Services

Pantai Damai Lancarkan Bilik Gerakan BN-PBB PTM Gersik PRU14


KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pantai Damai telah lama membuat persediaaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menteri Muda Utilti (Bekalan Elektrik) merangkap ADUN Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Pantai Damai pada PRU dan PRN yang lepas telah mencatat antara keputusan yang paling cemerlang.

"Pada PRU13 (2013) majoriti PBB Pantai Damai adalah 9,170 undi iaitu rekod terbesar diperolehi kawasan Pantai Damai dan kita gunakan strategi yang sama pada PRN11 (2016) dan kita terus mendapat majoriti paling tinggi iaitu sebanyak 9,260 undi (dari jumpah keseluruhan sebanyak 19,520 orang pengundi)."

Abdul Rahman menjelaskan, sebenarnya tiada apa rahsia bagi kejayaan Pantai Damai namun komitment serta strategi mantap berdasarkan pengalaman yang membolehkan kejayaan mereka.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Bilik Gerakan BN-PBB Pusat Tempat Mengundi (PTM) Gersik DUN Pantai Damai pada sebelah pagi tadi.

"Angka itu menjadi KPI kepada kita semua kita akan berusaha untuk mengekalkan keputusan dan rekod keputusan cemerlang tersebut demi kejayaan BN," katanya lagi.

"Tahun ini (pilihan raya kali ini), kita akan laksana strategi baru iaitu berusaha meningkatkan peratusan orang keluar mengundi," katanya lagi.

Untuk rekod, Pantai Damai mempunyai 12 PDM dan 17 PTM dan setakat ini hanya sebuah bilik gerakan diaktifkan di cawangan Pantai Damai sementara yang lain dijangka akan diaktifkan selepas pengumuman Pembubaran Parlimen.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua PBB Pantai Damai Drahman Jeladin dan barisan kepimpinan PBB Pantai Damai yang lain.
Pantai Damai Lancarkan Bilik Gerakan BN-PBB PTM Gersik PRU14 Pantai Damai Lancarkan Bilik Gerakan BN-PBB PTM Gersik PRU14 Reviewed by Admin on March 31, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.