Seo Services

Paris Hilton Nyaris Hilang Cincin Bernilai RM8 Juta


MIAMI - Kerana terlalu seronok berparti, selebriti Paris Hilton hampir kehilangan cincin yang dipakainya.

Insiden tersebut membuatkan Hilton cemas kerana cincin itu bukan aksesori biasa tetapi cincin pertunangan yang diberikan oleh kekasihnya, Chris Zylka.

Menurut laporan W Magazine, Hilton nyaris kehilangan cincin berharga hampir RM8 juta itu ketika menghadiri parti di sebuah kelab malam di Miami

Sedang asyik bergembira, Hilton tidak sedar cincin penting itu tercabut dari jarinya. Menurut sumber, apabila menyedarinya, Hilton terus panik dan mengarahkan kelab itu ditutup sementara untuk mencari cincinnya.

“Semua orang yang berada di kelab itu diminta membantu mencari cincin tersebut. Ada yang merangkak di lantai dan di bawah meja,” kata seorang sumber.

Pencarian berakhir apabila Hilton menjerit kelegaan selepas cincin pertunangannya ditemui di dalam bekas ais di ruang VIP dan kembali ke jarinya.

Cincin berlian 20 karat itu diberikan oleh kekasihnya sebagai tanda pertunangan ketika mereka sedang bercuti di Pergunungan Alps dua bulan lalu. - UTUSAN ONLINE
Paris Hilton Nyaris Hilang Cincin Bernilai RM8 Juta Paris Hilton Nyaris Hilang  Cincin Bernilai RM8 Juta Reviewed by uMieySurianie on March 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.