Seo Services

Pengusiran diplomat, Russia tuduh AS


TASHKENT: Moscow menuduh Amerika Syarikat mengenakan 'tekanan besar' ke atas sekutunya supaya mengusir ramai diplomat Russia, dan berjanji akan bertindak balas.

"Ini adalah hasil tekanan besar, peras ugut yang menjadi permainan utama Washington di arena antarabangsa.

"Kami akan bertindak balas, tiada keraguan lagi! Tiada siapa mahu bertindak seperti itu dan begitu juga kami," kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, di Uzbekistan.

Sekurang-kurangnya 116 individu didakwa ejen menyamar sebagai diplomat diusir oleh 22 kerajaan semalam.

Pengusiran itu sebagai reaksi kepada tindakan Russia meracun ejen dua muka, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia, dengan ejen saraf di bandar raya Salisbury di England pada 4 Mac lalu.

Diplomat Russia diusir dari AS, Kanada dan Australia selain beberapa negara Kesatuan Eropah, Albania dan Ukraine.

Perbalahan itu memburukkan hubungan Russia dengan Barat yang sedia buruk susulan ketegangan berhubung Ukraine dan Syria. - AFP

Pengusiran diplomat, Russia tuduh AS Pengusiran diplomat, Russia tuduh AS Reviewed by Unknown on March 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.