Seo Services

Polis tembak mati suspek pecah rumah



RAWANG: Polis menembak mati seorang penjenayah yang menyerang polis menggunakan parang ketika cuba ditahan selepas suspek bersama dua rakannya mahu memecah masuk sebuah rumah di Taman Saujana Templer, dekat sini, awal pagi tadi.

Dua rakan suspek berjaya meloloskan diri dan usaha mengesan mereka kini giat dilakukan.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek dikatakan cuba memecah masuk rumah sama yang pernah dipecah masuk mereka sebelum ini, namun gagal berbuat demikian selepas polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu tiba di kawasan berkenaan.

Suspek ditembak berdekatan anak sungai dalam kawasan Taman Rimba Templer yang terletak bertentangan dengan rumah yang cuba dipecah masuk dan kawasan berkenaan sedikit terlindung, selain gelap.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata dengan kejayaan menumpaskan penjenayah berkenaan, pihaknya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 17 kes Samun Rantau di kawasan Rawang dan Selayang dengan jumlah kerugian dianggarkan RM265,980.

"Ketika sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan operasi di kawasan Templer Park, Gombak, kami menerima maklumat berlaku satu cubaan pecah rumah di kawasan perumahan Saujana Templer.

"Pasukan kemudiannya membuat rondaan di kawasan sungai berhampiran perumahan terbabit dan ternampak kelibat tiga individu dengan berpakaian serba gelap dalam keadaan mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan, pagi tadi.

Beliau berkata, polis cuba menahan semua suspek bagi membuat pemeriksaan, namun seorang daripada mereka bertindak agresif dengan melibas parang ke arah polis.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan dan seorang lelaki dipercayai warga asing ditumpaskan, manakala dua lagi suspek berjaya melarikan diri. Polis merampas senjata iaitu sebilah parang dan peralatan pecah rumah di tempat kejadian.

"Dengan tumpasnya kumpulan ini, polis Selangor berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 17 kes samun di kawasan Rawang dan Selayang. Ops Kesan sedang dijalankan untuk menjejak dua suspek yang melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.-BHOnline
Polis tembak mati suspek pecah rumah Polis tembak mati suspek pecah rumah Reviewed by Unknown on March 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.