Seo Services

Trump Cetus Perang Perdagangan



SHANGHAI/BEIJING: Persatuan Keluli dan Logam China hari ini menggesa Beijing bertindak balas keras ke atas tarif import aluminium dan keluli yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), dan berkata negara itu tidak harus dibiarkan dibuli oleh ugutan perang perdagangan dengan ekonomi terbesar dunia itu.

Dua badan industri utama di China berkata, para pengeluar tegas menentang cukai itu, dan menggesa kerajaan mengambil "langkah tegas" terhadap import AS yang merangkumi keluli tahan karat, arang batu hinggalah kepada elektronik.

Presiden Donald Trump meluluskan pelaksanaan mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan 10 peratus ke atas aluminium, bagi menangani import murah, terutamanya dari China.

"Perlakuan Trump satu cabaran kepada industri keluli global dan akan pastinya berhadapan tentangan dari banyak negara," kata Persatuan Besi dan Keluli China (CISA) dalam satu kenyataan.

"CISA merayu kerajaan China mengambil langkah tegas terhadap import beberapa produk AS termasuk keluli tahan karat, lembaran tergalvani, paip, arang batu, produk perladangan dan produk elektronik," kata badan industri itu.

Ini disokong kenyataan berasingan oleh Persatuan Industri Logam Bukan Ferus China (NMIA).

Ketegangan antara China dan AS mula memuncak sejak Trump menjadi presiden AS.

China hanya menyumbang sebahagian kecil kepada import keluli AS, tetapi pengembangan perindustrian besar-besaran di China menyebabkan lebihan keluli global yang menolak turun harga. - Reuters

Trump Cetus Perang Perdagangan Trump Cetus Perang Perdagangan Reviewed by Unknown on March 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.