Seo Services

Potensi Batang Lupar sebagai pusat makanan diintai pelabur

(Foto Astro)

PUSA, 30 Mac (Bernama) -- Potensi kawasan Parlimen Batang Lupar sebagai pusat pengeluaran makanan menarik perhatian pelabur industri pertanian yang dilihat mahu memanfaatkan limpahan ekonomi daripada pembinaan jambatan di Sungai Lupar, kata Anggota Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) parlimen tersebut adalah unik kerana memiliki produk pertanian sendiri iaitu DUN Sebuyau terkenal sebagai kawasan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran, DUN Beting Maro pusat perikanan dan DUN Lingga merupakan kawasan penanaman padi.

"Sudah ada pelabur yang menyatakan minat kepada saya untuk melabur dalam bidang pertanian di kawasan Parlimen Batang Lupar apabila melihat potensi kawasan ini. Apabila pelaburan masuk ekonomi rakyat di kawasan ini boleh meningkat.

"Kebetulan pula kerajaan sedang dalam perancangan untuk membina Jambatan Batang Lupar untuk kemudahan rakyat yang seterusnya akan memudahkan proses untuk mengeluarkan produk pertanian daripada kawasan ini ke pasaran," katanya.

Rohani yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata demikian ketika ditemui pada Program Touch Point Parlimen Batang Lupar di Masjid Darul Mualimin Kampung Tengah Maludam di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai Jambatan Batang Lupar, Rohani berkata projek yang dianggarkan bernilai RM1 bilion menerusi peruntukan bersama antara kerajaan persekutuan dan negeri itu bakal membawa limpahan rezeki kepada penduduk kawasan tersebut.

Beliau berkata ketika ini penduduk dari Sebuyau perlu menaiki feri untuk ke Maludam yang mengambil masa kira-kira 30 minit namun apabila jambatan sepanjang lima kilometer merentasi Batang Lupar itu siap jarak perjalanan dapat dipendekkan.

"Jambatan Batang Lupar akan memendekkan jarak perjalanan seterusnya meningkatkan ekonomi penduduk kerana hasil pertanian lebih mudah untuk dibawa keluar ke pasaran.

"Corak kehidupan masyarakat juga berubah sebagai contoh penduduk yang menanam padi sudah boleh menjual hasil tanaman mereka berbanding tanam hanya untuk dimakan sendiri," katanya. -- BERNAMA
Potensi Batang Lupar sebagai pusat makanan diintai pelabur Potensi Batang Lupar sebagai pusat makanan diintai pelabur Reviewed by Admin on March 30, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.