Seo Services

Video: Tersilap Masuk Gear, Ibu Rempuh Bayi Sendiri



SEJAK semalam, rakaman video dashcam menunjukkan sebuah kereta mengundur laju sehingga merempuh bayi di dalam stroller di sebuah pusat beli belah telah menjadi tular di media sosial.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada September 2016 namun disebarkan semula untuk peringatan semua pemandu khususnya golongan wanita agar berhati-hati dan tidak mengulangi kecuaian seperti yang berlaku.

Menerusi rakaman, kereta hitam yang dipandu oleh seorang wanita itu dilihat mengundur secara laju sehingga mengakibatkan bayi dalam stroller di belakang kenderaanya dihimpit pada kereta yang diparkir di dalam petak.

Wanita itu kemudian keluar untuk melihat keadaan di belakang dan terkejut apabila mendapati dia terlanggar mangsa yang juga dipercayai anaknya sendiri.

Panik dengan kejadian itu, dia segera masuk semula ke dalam kereta dan mengalihkan kenderaannya. Malangnya, wanita itu sekali lagi tersilap menekan pedal menyebabkan keretanya mengundur ke belakang dan menghimpit mangsa sebelum menganjak kenderaannya ke depan.

Turut kelihatan seorang lelaki yang hanya ‘terpacak’ melihat kejadian itu dan langsung tidak membantu mengangkat mangsa yang terjatuh dari strollernya.

Sebaliknya dia mengeluarkan telefon bimbit dan mungkin cuba menghubungi pihak ambulans untuk datang membantu.

Tidak lama selepas itu, si ibu datang mendapatkan bayinya yang dianggarkan berusia 7 bulan menangis akibat trauma dengan kejadian itu.

Tidak diketahui apa nasib bayi berkenaan namun netizen mengecam tindakan cuai pemandu wanita terbabit yang jelas boleh mengancam keselamatan nyawa anaknya sendiri.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan di sekeliling kenderaan sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang lagi. – MYNEWSHUB.CC


Video: Tersilap Masuk Gear, Ibu Rempuh Bayi Sendiri Video: Tersilap Masuk Gear, Ibu Rempuh Bayi Sendiri Reviewed by Unknown on March 26, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.