Seo Services

7 Terbunuh Protes Kasta Di India

ANGGOTA polis berkawal di lokasi tunjuk perasaan oleh komuniti Dalit di Ahmedabad, India.-REUTERS
NEW DELHI 3 April - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh selepas protes kasta membabitkan puluhan ribu penunjuk perasaan dari komuniti Dalit di seluruh India bertukar ganas.

Penunjuk perasaan dilaporkan membakar pondok polis dan menghalang laluan kereta api selepas Mahkamah Agung menolak penangkapan segera individu yang dituduh mendiskriminasi komuniti tersebut.

Menurut media tempatan, empat orang terbunuh di Madhya Pradesh, di mana polis telah mengenakan perintah berkurung sementara tiga lagi kematian dilaporkan di beberapa negeri lain.- REUTERS


7 Terbunuh Protes Kasta Di India 7 Terbunuh Protes Kasta Di India Reviewed by Admin on April 03, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.