Seo Services

Abang Johari Dianugerah Pangkat Brigadier Jeneral Kehormat

Foto Utusan Online
KOTA SAMARAHAN - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dianugerahkan pangkat Brigadier Jeneral Kehormat Angkatan Tentera Malaysia(ATM).

Upacara pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa Program Jelajah Perkasa Perwira di Kem 1 Divisyen Muara Tuang di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Abang Johari berkata, penganugerahan pangkat itu merupakan satu pengiktarafan pihak ATM kepada pemimpin dari Sarawak.

"ATM telah banyak berkorban demi menjaga keamanan dan keselamatan negara.

"Kita mesti terus menjadikan semangat bekerja dalam satu pasukan sebagai prinsip demi kepentingan dan kesejahteraan negara," ujarnya.

Katanya, di Sarawak, peranan ATM pada suatu ketika dahulu cukup besar dalam menghadapi masalah keselamatan semasa berlaku konfrantasi Indonesia, komunis dan sebagainya.

Tambahnya, ATM telah berjaya menstabilkan keamanan, menjaga keselamatan dan membawa Sarawak negeri maju dalam Malaysia sejak 55 tahun dahulu," katanya . - UTUSAN ONLINE
Abang Johari Dianugerah Pangkat Brigadier Jeneral Kehormat Abang Johari Dianugerah Pangkat Brigadier Jeneral  Kehormat Reviewed by uMieySurianie on April 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.