Seo Services

BN Beri Lapan Jaminan Untuk Orang Muda



KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi lapan jaminan kepada golongan muda untuk kehidupan yang lebih selesa dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya diberi mandat sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan sentiasa komited untuk membantu golongan belia memperoleh peluang yang lebih cerah serta mencapai potensi yang maksimum menerusi pelbagai inisiatif.

“Menerusi Manifesto Jaminan Orang Muda, BN menyasarkan lapan inisiatif untuk memberi peluang melalui pelbagai latihan dan kemahiran dalam platform yang sesuai.

“Inisiatif berkenaan antaranya, lepasan sekolah pondok dan belia Orang Asli akan dihubungkan dengan syarikat industri halal dan industri hijau supaya mereka dapat terus menyumbang kepada ekonomi negara,” ujarnya ketika berucap merasmikan Manifesto Khas Untuk Orang Muda ‘Jaminan Orang Muda #JomBN’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurut Khairy, apa yang diperkatakan menerusi manifesto untuk orang muda bukanlah janji kosong semata-mata namun adalah perkara yang mampu dilakukan oleh kerajaan BN sekiranya memegang tampuk pemerintahan.

“Saya bukan di sini untuk sembang kosong, menjanjikan anda bulan dan bintang. Janji madu beracun yang tidak mungkin dapat dilaksanakan. Tetapi apa yang telah kami bentangkan pada hari ini adalah jaminan yang boleh kami laksanakan. Jaminan yang telah disemak kira,” ujarnya.

Manifesto Khas Untuk Orang Muda ‘Jaminan Orang Muda #JomBN’:

1.Malaysia yang menjamin pekerjaan dan latihan

2.Malaysia yang meningkatkan pendapatan dan kemahiran

3.Malaysia yang memperkasakan ekonomi luar bandar

4.Malaysia yang memudahkan usahawan mendapat bantuan

5.Malaysia yang meringankan beban keluarga muda

6.Malaysia yang menyediakan kehidupan berkualiti

7.Malaysia yang menyediakan peluang untuk segenap segmen

8.Malaysia yang mengangkat suara generasi TN50

- Utusan Online
BN Beri Lapan Jaminan Untuk Orang Muda BN Beri Lapan Jaminan Untuk Orang Muda Reviewed by uMieySurianie on April 11, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.