Legenda pecut, Usain Bolt hari ini menyalahkan rakan senegara dari Jamaica, Yohan Blake kerana ‘panik’ ketika aksi final 100 meter temasya Komanwel – dan tidak sabar mengejeknya mengenai perkara itu.
Juara Olimpik lapan kali itu yang bersara selepas hampir sedekad mendominasi, sudah memberi amaran kepada Blake supaya tidak pulang ke Caribbean jika gagal meraih gelaran di Gold Coast.
Dan selepas Blake bermasalah di blok pelepasan Isnin lalu untuk menamatkan saingan di tangga ketiga acara 100m yang dimenangi pelari Afrika Selatan, Akani Simbine, Bolt mengesahkan dia akan bersemuka dengan rakan sepasukannya itu mengenai kegagalan berkenaan.
“Saya belum lagi bertemu dengannya, saya tidak menghantar mesej kepadanya,” kata Bolt yang berada di Australia dalam peranannya sebagai duta.
“Saya akan menunggu untuk ke perkampungan sukan dan berjumpa dengannya kerana saya memang benar-benar mahu mentertawakan dia dan perkara seperti itu pasti perbualan yang bagus!”
“Ia mengejutkan apabila Blake tidak menang,” kata pemegang rekod dunia acara 100 dan 200m itu, yang tiba di Gold Coast semalam dan terus ke kelab malam hingga lewat pagi.
“Saya rasa Blake sedikit bermasalah dan mungkin panik – ia sesuatu yang sangat mencabar.
“Apabila kaki anda tersadung, perkara paling buruk anda boleh lakukan ialah panik dan saya rasa itulah yang dialaminya. Ia adalah satu daripadanya dan kini ia hanya mengenai cara untuk kembali bangkit.”-AFP
Bolt Tak Sabar 'Membahan' Blake
Reviewed by Unknown
on
April 13, 2018
Rating:
No comments: