"Single mom is awesome," kata pelakon, Fasha Sandha mengakui hidupnya semakin bahagia apabila tidak terikat dengan mana-mana individu.
Kata Fasha, memegang status ‘tidak berpunya’ membuatkan dirinya bebas berkawan dengan sesiapa serta lebih fokus terhadap karier lakonan.
“Alhamdulillah, saya bahagia melayari kehidupan bersama anak-anak.
“Rezeki bidang lakonan juga tidak putus-putus. Malah perniagaan salon rambut yang saya usahakan juga memasuki tahun ketujuh,” katanya.
Menurut Fasha, dia mengaku ada individu cuba mendekati dan berkenalan dengannya tapi dia belum terbuka hati untuk bercinta.
“Walaupun solo, saya seronok kerana kehidupan ini yang tidak terikat dengan sesiapa dan itu membuatkan saya fokus untuk mencari rezeki untuk anak-anak.
"Insya-Allah hati saya akan terbuka untuk bercinta sekiranya saya berjumpa lelaki yang boleh memahami kerjaya saya dan juga boleh menerima dua anak saya.
“Teman rapat itu saya akui ada tetapi hubungan kami hanya sekadar kenalan sahaja,” katanya.
Dalam perkembangan lain, penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2017 itu sibuk dengan penggambaran drama Istana Firdaus untuk TV3 serta drama Teratai Kemboja yang akan menemui penonton pada 13 April in.-myMetro
'Single Mom Is Awesome' - Fasha Sandha
Reviewed by Unknown
on
April 13, 2018
Rating:
No comments: