Seo Services

Cubaan Jejaskan Hubungan Malaysia, China



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membidas sikap Pakatan Harapan dike­tuai DAP yang cuba mengganggu hubungan baik Malaysia dan China apabila berhasrat untuk membatalkan kontrak yang ditandatangani kedua-dua belah pihak sekiranya mereka berkuasa.

Perdana Menteri berkata, tindakan pembangkang yang hanya berminat bermain politik berban­ding melihat rakyat menikmati kesejahteraan itu disifatkan beliau sebagai tidak bertanggungjawab.

“Pihak sebelah sana (pembangkang), ada mengeluarkan kenya­taan mahu membatalkan kontrak yang kita telah tandatangani de­ngan Kerajaan China jika mereka mendapat mandat untuk berkuasa.

“Cuba bayangkan jika kita cuba menjejaskan hubungan dengan China. China tidak lagi membeli produk kita, China tidak lagi membeli produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kita, minyak sawit, cuba bayangkan apa akan berlaku kepada ekonomi kita,” katanya ketika berucap dalam majlis Pelancaran Mikro Kredit E-Dagang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komo­diti, Datuk Seri Mah Siew Keong; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Pengasas Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia (MCWEF), Tan Sri S.P. Lim.

Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa akan menilai semula kontrak dimeterai Malaysia dengan syarikat asing jika berjaya memenangi pilihan raya umum terutamanya bagi kontrak yang melibatkan aset strategik negara.

Najib berkata, Malaysia kini menjalinkan kerjasama erat de­ngan China khususnya dalam pelaksanaan Zon Perdaga­ngan Bebas Digital (DFTZ), apabila menjadikan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma sebagai penasihat bagi memanfaatkan pertumbuhan ekonomi internet dan e-dagang tanpa sepadan.

Jelas beliau, dijangkakan DFTZ bagal memiliki nilai dagangan sebanyak RM251 bilion, selain bakal mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung menjelang tahun 2025 dan dianggarkan juga pertumbuhan eksport PKS negara juga disasarkan meningkat dua kali ganda pada tahun 2025 di­sebabkan inisiatif tersebut.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata, pelan transformasi ekonomi Malaysia kini berjalan baik seperti mana dirancang dan diyakini secara berterusan akan memberi manfaat kepada rakyat.

Antara kesannya, jelas beliau Pendapatan Negara Kasar (PNK) meningkat melebih 50 peratus, selain hampir 2.7 juta peluang pekerjaan dibuka dengan satu juta daripadanya bergaji tinggi.

“Pengangguran dan inflasi kekal rendah, kami telah mengurangkan defisit daripada 6.7 peratus pada tahun 2009 kepada tiga peratus pada tahun 2017, sekali gus memastikan dana awam berada dalam kea­daan baik dan mendapat penilaian positif dari agensi penarafan antarabangsa,” katanya.- Utusan Online
Cubaan Jejaskan Hubungan Malaysia, China Cubaan Jejaskan Hubungan Malaysia, China Reviewed by uMieySurianie on April 02, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.