TIJUANA, Mexico - Sekurang-kurangnya 150 imigran Amerika Tengah telah tiba di sempadan antara Mexico dan Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan suaka dari AS di sini semalam.
Kumpulan itu tiba di sempadan pekan Tijuana, sempadan Mexico yang merupakan sebahagian daripada 1,000 orang yang telah keluar dari sempadan selatan Mexico pada 25 Mac lalu.
“Kami masih memerlukan untuk memohon suaka dan kami berharap kerajaan AS akan membuka pintu untuk kami” kata
Reyna Isabel Rodriguez, 52, yang telah keluar dari El Salvador bersama dua cucunya.
Washington mengancam untuk menahan imigran berkenaan jika mereka cuba menyelinap masuk dari sempadan.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri telah mengeluarkan satu amaran pada Rabu lalu untuk menahan imigran selepas seramai 120 orang tiba termasuk 50 kanak-kanak di bawah umur.
Terdahulu, Kerajaan AS mengumumkan penamatan status sementara’ (TPS) yang diberikan kepada warga El Salvador. Status khas itu diberikan pada tahun 2001 selepas negara Amerika Tengah itu dilanda dua gempa bumi besar. - AFP
Imigran Amerika Tengah tiba di sempadan AS untuk pohon suaka
Reviewed by Admin
on
April 30, 2018
Rating:
No comments: