Seo Services

Pengundi Cina Lundu, Sematan Sokong Penuh Wan Junaidi



LUNDU: 'Kami sokong Datuk Wan', demikian kata pengundi Cina Lundu dan Sematan selepas Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipilih sekali lagi sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong.

Kaunselor Chen Chung Yee berkata, keseluruhan 1,992 pengundi Cina di Lundu menyokong penuh calon BN.

"Pengundi Cina di sini (Lundu) masih bersama BN. Tiada masalah untuk BN," katanya.

Menurutnya, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu masih kekal sebagai kubu kuat BN.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengundi supaya turun awal menjalankan tanggungjawab pada 9 Mei.

Tambahnya, pengundi juga perlu mengubah mentali 'BN gerenti menang' sebaliknya mesti turun beramai-ramai pada hari pengundian.

Sementara itu, Ketua Publisiti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Tanjong Datu, Calvin Goh berkata, komuniti Cina di Lundu dan Sematan memang berpuas hati dengan Wan Junaidi.

"Datuk Wan banyak bantu kami.

"Penduduk 10 buah kampung Cina di sini memang beri sokongan kepada BN," ujarnya.

Parlimen Santubong menyaksikan pertembungan antara Wan Junaidi dan calon Parti Amanah Negara (PAN) Mohd Fidzuan Zaidi.-Sarawakiana
Pengundi Cina Lundu, Sematan Sokong Penuh Wan Junaidi Pengundi Cina Lundu, Sematan Sokong Penuh Wan Junaidi Reviewed by uMieySurianie on April 30, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.