Seo Services

Jangan sampai nafikan kemampuan suruhanjaya dilantik Agong

KUALA LUMPUR 11 April - Sebagai sebuah badan bebas yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pastinya sudah melalui fasa kajian dan perincian sebelum ia diumumkan semalam.

Sekiranya gabungan pembangkang PKR mahu menjadikan perkara itu sebagai tohmahan untuk meraih simpati rakyat, ingatlah yang tindakan itu seolah-olah menafikan kemampuan sebuah suruhanjaya yang mendapat pekenan daripada Seri Paduka.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek berkata, kesemua parti yang akan bertanding perlu menghormati tarikh ditetapkan SPR kerana agensi itu sudah matang dalam membuat timbang tara dan sudah pun melalui 13 pilihan raya umum sebelum ini.

Katanya, cakap-cakap yang mempertikai keputusan itu bukan sahaja memberikan tekanan kepada SPR malah turut menafikan kemampuan sebuah suruhanjaya yang mendapat pekenan daripada Seri Paduka.

“Keputusan SPR patut dihormati kerana mereka merupakan suruhanjaya bebas yang dilantik oleh Seri Paduka. Bahkan Perdana Menteri kerajaan sementara sekalipun tidak boleh buat apa-apa untuk mengubah keputusan ini. Hari mengundi pada hari Rabu sebenarnya tidak memberikan kelebihan pada mana-mana pihak sekalipun.

“Kononnya ia adalah agenda untuk menyekat rakyat daripada balik ke kawasan untuk membuang undi. Mana kita tahu yang tidak dapat balik itu akan memangkah BN atau PKR,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

SPR melalui satu sidang akhbar semalam telah menetapkan bahawa 9 Mei depan sebagai tarikh pengundian bagi PRU-14 manakala, tarikh penamaan calon pula jatuh pada 28 April ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, 5 Mei pula diputuskan untuk hari pengundian awal dan tempoh berkempen untuk pilihan raya kali ini adalah selama 11 hari. - UTUSAN ONLINE


Jangan sampai nafikan kemampuan suruhanjaya dilantik Agong Jangan sampai nafikan kemampuan suruhanjaya dilantik Agong Reviewed by Admin on April 11, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.