Seo Services

Jokowi Jelajah Kampung Tunggang Motosikal Chopper


SUKABUMI (Indonesia) – Jelajah bermotosikal Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), yang menunggang motosikal chopper menarik perhatian ribuan penduduk yang berkumpulan di sepanjang jalan di Sukabumi, Jawa Barat.

Puluhan penunggang motosikal mengiringi Jokowi yang menunggang motosikal Royal Enfield Bullet 350cc berwarna emas miliknya yang dibeli dengan harga Rp140 juta (RM41,400).

Jokowi mencuri perhatian dengan pakaiannya iaitu berjaket denim serta memakai but, seperti penunggang motosikal berkuasa tinggi, bukannya seperti presiden.

Media Indonesia melaporkan, dia melakukan jelajah masuk kampung dengan bermotosikal ke Sukabumi untuk menghadiri dua program di Desa Pasir Suren dan Desa Citarik.

Jawa Pos melaporkan, kedua-dua program itu anjuran Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) dan Kementerian Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi.

Jokowi turut menyertai sesi dialog dengan urus setia program yang juga penduduk tempatan.

“Saya melalui perjalanan kira-kira 30 kilometer (km) ke Pantai Pelabuhan Ratu dan tempatnya amat cantik. Keadaan jalannya juga berliku, pada masa sama dapat mengenali Pelabuhan Ratu,” katanya.

Jokowi turut disertai Menteri PUPR Basuki Hadimuljono, Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi dan Ketua Staf Presiden Moeldoko yang turut menunggang motosikal. – Agensi/myMetro Online
Jokowi Jelajah Kampung Tunggang Motosikal Chopper Jokowi Jelajah Kampung Tunggang Motosikal Chopper Reviewed by uMieySurianie on April 10, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.