Seo Services

#Manifesto BN: RM1 Bilion Untuk Dana Pembangunan Halal


KUALA LUMPUR: Selaku peneraju industri halal dunia, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan menerusi Dana Pembangunan Halal yang bertujuan menjadikan Ekonomi Halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri yang juga merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan itu dapat dimanfaatkan oleh usahawan bumiputera yang juga berperanan sebagai penggerak utama industri.

Menurut kandungan Manifesto bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bertemakan Bersama BN, Hebatkan Negaraku, Najib berkata BN akan meneruskan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 dalam memastikan bumiputera terus memainkan peranan signifikan dalam pembangunan ekonomi negara.

Berikut adalah kandungan Manifesto PRU14 yang dilancarkan malam ini:

- Menjihadkan Ekonomi Halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion melalui Dana Pembangunan Halal.

- Memastikan Malaysia sebagai peneraju industri halal dunia yang bumiputera menjadi penggerak utama industri.

- Mengintegrasi data usahawa bumiputera yang menerima inisiatif kerajaan berdasarkan platform teraju Xchange.

- Membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana kaum Cina dengan memantapkan Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME).

- Memperkasakan sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada ekonomi negara melalui transformasi digital.

- Menyediakan insentif cukai dan dana pembangunan khas bagi mengalakkan jenama usahawan kecil.

- Menangani kemiskinan bandar melalui pembangunan pusat niaga usahawan kecil, pusat niaga trak makanan dan pertanian bandar.

- Memperkenalkan portal Orang-E sebagai sebuah platform untuk rakyat Malaysia.

- Mempertingkat produktiviti usahawan, pereka baru dan syarikat permulaan dengan penubuhan pelbagai agensi fasilitasi seperti PlatCOM.

- Merealisasi potensi sebenar industri kreatif sebagai sumber baharu pendapatan negara dengan memperluaskan platform dan dana kepada penggiat industry

- Mendorong perniagaan berasaskan trak makanan dengan mewujudkan kawasan khas dan program untuk modifikasi kenderaan.

- Menambah jumlah kedai Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang berkonsepkan harga yang rendah.

- Menyediakan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran (SPMUV) bagi membantu pesara tentera memulakan perniagaan.

- Melaksanakan Skim Anuiti Veteran bagi membantu anggota tentera bukan dalam skim pencen dapat menerima bayaran bulanan apabila bersara kelak.

- Membina lebih banyak Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi memudahkan urusan rakyat dan membantu usahawan kecil.

- Menaik taraf tiga Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

- Membina 20 pasar ikan di seluruh negara.-BERNAMA
#Manifesto BN: RM1 Bilion Untuk Dana Pembangunan Halal #Manifesto BN: RM1 Bilion Untuk Dana Pembangunan Halal Reviewed by Unknown on April 07, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.