Seo Services

Manifesto BN Sempurna Untuk Sabah & Sarawak


KOTA MARUDU – Manifesto Barisan Nasional (BN) mempunyai pengisian cukup sempurna, menggariskan akur janji yang begitu komprehensif, inklusif serta berpandangan jauh , khususnya bagi rakyat Sabah dan Sarawak.

Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Onglili berkata beliau yakin manifesto BN yang diumumkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas, akan membawa negara ini melintasi Wawasan 2020 sebagai negara maju.

“Akur janji untuk negeri Sabah dan Sarawak secara terperinci amat meyakinkan bahawa kepimpinan BN akan terus membangun dan membawa negeri Sabah dan Sarawak maju seiring dengan semenanjung Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis santai pemimpin bersama rakyat Pusat Daerah Mengundi Goshen di sini malam tadi.

Maximus, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, rakyat Sabah sudah tentu menghargai keterbukaan kepimpinan pusat mengembalikan kuasa mengurus dan mentadbir perihal elektrik dan gas kepada negeri ini semula selepas 35 tahun.

“Beberapa akur janji lagi untuk Sabah dan Sarawak membuktikan keperihatinan pucuk pimpinan, seperti penyediaan peruntukan khas untuk usahawan, pelbagai bantuan lain dan peruntukan pembangunan serta penambahbaikan kemudahan,” katanya.

Maximus yakin bahawa akur janji seperti ini akan memikat hati rakyat Sabah dan Sarawak dan memastikan mereka akan terus menyokong BN sebagai benteng memperjuangkan masa depan negara. – BERNAMA
Manifesto BN Sempurna Untuk Sabah & Sarawak Manifesto BN Sempurna Untuk Sabah & Sarawak Reviewed by uMieySurianie on April 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.