Seo Services

Mat Sabu Ditahan Imigresen Di KIA

KUCHING: Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohammad Sabu ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen sejurrus tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching (KIA) pagi ini.

Menurut Setiausaha Politiknya, Mohd Azhar Mat Dali menerusi satu kenyataan sebentar tadi, Mohammad Sabu yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu tiba di Lapangan Terbang Kuching jam 9.30 pagi ini untuk menghadiri mesyuarat parti.

"Beliau ditahan ‎ketika melalui pemeriksaan imigresen kerana dihalang dari memasuki negeri Sarawak," kata kenyataan itu.

Bagaimana pun Mohd Azhar memberitahu, minggu lalu Mat Sabu dibenarkan masuk ketika menghadiri satu program di Bintulu.

Sebelum ini, pada 22 MAC 2016 Mat Sabu pernah ditahan memasuki negeri ini ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak. - Sarawakiana
Mat Sabu Ditahan Imigresen Di KIA Mat Sabu Ditahan Imigresen Di KIA Reviewed by Admin on April 04, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.