KINSHASHA: Gambar tersebar di Facebook ini menunjukkan mayat ‘membonceng’ di belakang penunggang motosikal untuk dibawa ke rumah mayat dan seterusnya ke tempat pengebumian.
Portal berita tempatan Naij.com melaporkan pengguna Facebook bernama PK Kasrim itu memuat naik gambar menunjukkan mayat membonceng penunggang digelar boda boda – iaitu motosikal lazim digunakan sebagai teksi.
Ia dibungkus kain hijau serta diikat wayar untuk memastikan mayat tidak jatuh. Menurutnya, penunggang boda boda memilih cara itu untuk buat wang tambahan, malah didakwa amalan biasa di Republik Demokratik Congo.
Dia tidak menyatakan kenapa keluarga si mati memilih kaedah itu untuk memindahkan mayat, tetapi beberapa tahun lalu amalan yang sama dikatakan pernah digunakan di Uganda oleh ramai keluarga miskin.
Mereka tidak mampu mendapatkan kenderaan sewajarnya bagi menguruskan pengebumian orang tersayang. Ia mencetuskan debat pengguna Internet mempersoalkan sejauh mana perbuatan itu satu penghinaan untuk si mati.
Bagaimanapun tidak kurang juga menganggap ia cara sahih untuk meraih pendapatan malah mampu memberi keuntungan tinggi. Seorang lagi pengguna Facebook, Tam Jam turut mengongsikan gambar berkenaan.
Ia bersertakan keterangan bahawa kegiatan tersebut menjadi sumber pendapatan ramai belia di negara Afrika tersebut, malah lebih menguntungkan daripada membawa manusia hidup.
Sementara itu, laislanews berkata, amalan unik tersebut memang sudah lama dilakukan keluarga miskin di Uganda yang tidak mampu menyewa kenderaan jenazah untuk membawa si mati.
Portal berita sde.co memetik seorang lelaki mengaku terpaksa menggunakan boda boda kerana tiada pilihan lain, namun bernasib baik apabila mayat si mati masih lembut dan boleh diboncengkan atas motosikal.
“Gereja pun tidak dapat bantu. Jadi kami tiada pilihan untuk bawa ke tanah perkuburan selain diboncengkan atas motosikal. Namun untuk elak masalah kami melakukannya pada waktu malam,” katanya. – Agensi/myMetro Online
Mayat ‘Jalan-Jalan’ Membonceng Motosikal
Reviewed by Unknown
on
April 12, 2018
Rating:
No comments: