Seo Services

Penantian Penduduk Taman Sepakat Jaya Miliki Masjid Menjadi Kenyataan


KUCHING: Penantian penduduk Taman Sepakat Jaya untuk memiliki masjid baharu selepas projek tersebut disahkan bakal dilaksanakan selepas proses akhir lengkap.

Penyandang kerusi parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengumumkan berita gembira itu hari ini berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengesahkan perkara tersebut selepas beberapa fasa pelaksanaan sebelum ini memakan masa yang lama.

Sehubungan itu beliau berharap penduduk kawasan tersebut bersabar menunggu projek pembangunan tersebut.

"Pelbagai perancangan dilaksanakan di kawasan ini termasuk masjid dan surau. Disebabkan beberapa masalah teknikal membabitkan isu tanah, kewangan, lakaran dan sebagainya, proses pelaksanaan alami kelewatan," katanya.

Secara keseluruhannya, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu berkata, terdapat lima lagi pembinaan surau dan masjid di kawasan Santubong yang belum dilaksanakan setakat ini.-Sarawakiana


Penantian Penduduk Taman Sepakat Jaya Miliki Masjid Menjadi Kenyataan Penantian Penduduk Taman Sepakat Jaya Miliki Masjid Menjadi Kenyataan Reviewed by Unknown on April 07, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.