Seo Services

Pendakwa Raya Bantah Guan Eng Pohon Tangguh Kes



GEORGETOWN: Permohonan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuah dihadapinya bersama-sama ahli perniagaan, Phang Li Koon bagi membolehkan beliau membuat persediaan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), mendapat bantahan daripada pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud memberitahu Mahkamah Tinggi, perbicaraan kes itu masih boleh dijalankan kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikh bagi penamaan calon.

"Saya mohon perbicaraan diteruskan," katanya.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, berkata kes itu tidak boleh diteruskan tanpa kehadiran Guan Eng kerana beliau terbabit dalam proses persediaan proses pilihan raya.

"Saya pun tidak boleh teruskan dan menunggu (tertuduh). Jadi, saya akan memberikan tarikh bagi pengurusan kes," katanya.

Hadhariah kemudian menetapkan tarikh pengurusan kes pada 10 Mei ini bagi memastikan semua isu berhubung pilihan raya diselesaikan.

Perbicaraan kes akan bersambung selama lima hari bermula 21 Mei ini seperti sudah ditetapkan sebelumnya.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Masri berkata, sehinggalah SPR mengumumkan tarikh bagi penamaan calon, alasan tertuduh untuk menangguhkan perbicaraan adalah tidak kukuh.

"Kami bantah kepada penangguhan itu kerana SPR belum beri tarikh dan kita masih boleh teruskan bicara untuk minggu ini.

"Kami ada 14 saksi hari ini yang berada di mahkamah. Kami bersedia dan saksi juga bersedia memberikan keterangan," katanya.

Terdahulu, peguam Gobind Singh Deo mewakili Guan Eng berkata, pihaknya memohon maaf kepada mahkamah kerana anak guamnya tidak dapat hadir berikutan mempunyai urusan rasmi.

Beliau berkata, pihaknya memohon penangguhan untuk membuat persediaan pilihan raya berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membubarkan Parlimen pada Sabtu lalu.

"Saya tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan, jadi saya cadangkan pengurusan kes pada awal Mei bagi menentukan hala tuju perbicaraan kes ini," katanya.

Selepas prosiding kes berakhir, Gobind mengadakan sidang media di perkarangan mahkamah bagi menjelaskan perkembangan kes terbabit yang turut dihadiri Guan Eng.

Pagi tadi, Guan Eng bertemu Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara di sini, bagi memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Dalam perbicaraan kes yang memasuki hari kedua bermula 26 Mac lalu, pendakwaan sudah memanggil 25 saksi memberikan keterangan dan akan memanggil 29 saksi lagi.- BH Online
Pendakwa Raya Bantah Guan Eng Pohon Tangguh Kes Pendakwa Raya Bantah Guan Eng Pohon Tangguh Kes Reviewed by uMieySurianie on April 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.