Seo Services

Penguang Yakin PDP Mampu Menang Majoriti Besar Di Kerusi Baram

MIRI: Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Marudi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil berkata, beliau yakin PDP mampu menang majoriti besar di Parlimen Baram (P220)pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei nanti.

Menurutnya, keyakinan tersebut bersandarkan faktor utama perubahan iklim politik dan perkembangan semasa yang sudah berubah khususnya di Marudi.

Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, BN memenangi kerusi Baram pada 2013 dengan majoriti tipis 194 undi berbanding sebelumnya antara 3,000 hingga 4,000 majoriti.

“Penurunan undi majoriti pada 2013 itu dipercayai kerana faktor pertukaran calon pada saat-saat akhir iaitu daripada penyan-dangnya Datu Jacob Dungau Sagan kepada Anyi Ngau,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan, Parlimen Baram mempunyai kira-kira 35,400 pengundi dan daripada jumlah itu, dianggarkan DUN Marudi 15,600, DUN Telang Usan 10,700 dan DUN Mulu 9,100 pengundi.

Sementar itu, Penguang berkata, PDP telah mengaktifkan bilik gerakan dan jentera parti bagi kawasan Parlimen Baram untuk menghadapi PRU14.

“Saya mengambil inisiatif ini memandangkan konstituensi Marudi memainkan peranan penting untuk memastikan sama ada Barisan Nasional (BN) boleh menang atau sebaliknya.

“Ini adalah tanggungjawab berat, justeru saya memanggil mesyuarat dan mengaktifkan jentera pilihan raya PDP sebelum hari penamaan calon,” tambahnya. – Sarawakiana
Penguang Yakin PDP Mampu Menang Majoriti Besar Di Kerusi Baram Penguang Yakin PDP Mampu Menang Majoriti Besar Di Kerusi Baram Reviewed by uMieySurianie on April 11, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.