Seo Services

Polis Sarawak Lumpuhkan Kumpulan Samun Rumah Burung Walit



KUCHING: Sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak berjaya memberkas sembilan individu yang disyaki ahli kumpulan samun rumah burung walit dalam satu serbuan di Sibu hari ini.

Pasukan yang diketuai ACP Abdul Razak Mohamad turut menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai pembeli sarang burung walit tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata seramai sembilan suspek yang ditahan merupakan lelaki tempatan berumur antara 21 dan 33 tahun, dan kesemuanya tidak memiliki pekerjaan. Manakala ketua kumpulan itu berumur 31 tahun dan dipercayai berasal dari Mukah.

Menurutnya, seorang lelaki tempatan berasal dari Sibu turut ditahan kerana disyaki berperanan sebagai pembeli sarang burung yang disamun daripada suspek-suspek dengan harga RM2,000 sekilo dan memproses sarang burung di rumahnya di Jalan Kapor, Sibu, sebelum diekspot ke negara China.

“Polis telah melakukan serbuan di lima lokasi; sebuah pusat karaoke di Sibu, sebuah rumah kedai di Lorong Chengal 5, Sibu, sebuah rumah kedai di Jalan Jerrwit Barat, Sibu, sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Rambutan, Sibu, dan sebuah rumah satu tingkat di Jalan Kapor, Sibu.

“Menerusi sebuan tersebut polis telah merampas pelbagai jenis senjata seperti parang, sabit, taji ayam, tombak dan peluru senapang patah; Peralatan pecah rumah seperti grinder dan drill; 20 telefon bimbit dan sejumlah satu kilo sarang burung walit yang telah diproses,” ujarnya

Dev berkata, pihaknya telah mengenalpasti Modus Operandi ahli-ahli kumpulan itu dengan bersenjatakan senapang patah dan parang telah memecah masuk ke dalam rumah-rumah burung walit di Sibu, Mukah, Tatau, Matu Daro, Sarikei, Saratok dan Betong.

“Suspek-suspek mencederakan dan mengikat pekerja rumah burung dan mengambil sarang burung. Nilai sarang burung yang telah disamun oleh kumpulan ini mencecah RM1 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dev berkata, kumpulan tersebut telah mula mendapat perhatian Task Force KJSJ apabila mereka menyamun sebuah lori kren bernilai RM200,000 di sebuah kilang bata di Bintulu pada 20 September 2017.

“Dalam kejadian samun itu, seramai lebih kurang 10 orang suspek telah mengikat seorang pekerja dan membawanya lari sebelum melemparkannya keluar dari kereta di Simpang Sebauh.

“Kesemua 10 suspek akan dibawa ke Mahkamah Sibu pada jam 2.30 pm hari ini untuk memohon perintah reman,” katanya.

Dev mengucapkan tahniah kepada pasukan-pasukan yang terlibat yang berjaya melumpuhkan kumpulan yang ganas ini setelah menjejak mereka hampir enam bulan. – Sarawakiana
Polis Sarawak Lumpuhkan Kumpulan Samun Rumah Burung Walit Polis Sarawak Lumpuhkan Kumpulan Samun Rumah Burung Walit Reviewed by Admin on April 10, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.