Seo Services

Saga Bertembung Hilux Di Hadapan Balai Bomba


MIRI: Sebuah kereta Proton Saga bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam kejadian kemalangan di hadapan sebuah Balai Bomba dekat sini sebentar tadi.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng di sini menyebabkan seorang wanita iaitu penumpang Proton Saga tersepit dan mengalami kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihak Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan seterusnya memberi rawatan awal kepada mangsa.

Menurutnya, tiga mangsa dalam Hilux dan seorang lagi dalam Proton Saga hanya mengalami cedera ringan.

"Mangsa yang tersepit dibawa ke Hospital menggunakan EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya. - Sarawakiana
Saga Bertembung Hilux Di Hadapan Balai Bomba Saga Bertembung Hilux Di Hadapan Balai Bomba Reviewed by Admin on April 02, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.