Seo Services

Tiangong-1 masuk atmosfera Bumi, terbakar

SHANGHAI: Satelit Tiangong-1 milik China memasuki semula atmosfera Bumi dan terbakar di tengah Pasifik Selatan hari ini, kata pihak berkuasa angkasa lepas China.

Majoriti satelit itu terbakar ketika memasuki semula Bumi kira-kira jam 8.15 pagi waktu tempatan, kata pihak berkuasa dalam kenyataan ringkas di laman webnya, tanpa menyebut di mana saki-bakinya akan mendarat.

Terdahulu, stesen angkasa itu dijangka memasuki semula atmosfera di luar pantai Brazil di Atlantik Selatan berhampiran bandar raya Sao Paulo dan Rio de Janeiro.

Skuadron Pengawal Angkasa Lepas ke-18 Tentera Udara Amerika Syarikat, yang mencari dan mengesan semua objek dalam orbit Bumi, berkata ia turut mengesan Tiangong-1 ketika ia memasuki semula di Pasifik Selatan.

Ia berkata dalam kenyataan sudah mengesahkan kemasukan semula itu selari dengan Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea Selatan dan Britain.

Saki-baki Tiangong-1 mendarat kira-kira 100 kilometer ke barat laut Tahiti, kata pakar astrofizik di Universiti Kebangsaan Australia, Brad Tucker.

"Serpihan kecil pasti mendarat. Kemungkinan serpihan jatuh ke dalam lautan dan jika ada yang terjumpa, ia kelihatan seperti sampah dan tersebar ke kawasan seluas ribuan kilometer persegi," katanya, menambah 90 peratus daripada satelit itu terbakar di atmosfera dan cuma 10 peratus mendarat, tetapi memiliki berat antara 700 kilogram dan 800 kilogram.

Jumaat lalu, Beijing berkata tidak mungkin sebahagian besar stesen angkasa itu mendarat.

Tiangong-1 sepanjang 10.4 meter panjang itu dilancarkan pada 2011 untuk melakukan uji kaji dok dan orbit sebagai sebahagian program angkasa lepas China. - Reuters/BH
Tiangong-1 masuk atmosfera Bumi, terbakar Tiangong-1 masuk atmosfera Bumi, terbakar Reviewed by Admin on April 02, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.