Seo Services

Tinjauan bersama TDM & TNI-AD di sempadan



SERIKIN: Formasi 3 Briged telah melaksanakan tinjauan bersama warga Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) pada 30 Mac 2018 di pintu masuk sempadan Serikin/Jagoi Babang.

Tinjauan tersebut dilaksanakan dengan bantuan pasukan Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11RAMD) yang diketuai oleh Lt Kol Salmi bin Istikh Ahmad. Tinjauan yang dilaksanakan berlaku pada jam 3pm sehingga 7pm.

Tinjauan yang diketuai oleh Brig Jen Mohd Bustaman bin Hj Mat Zin, Panglima 3 Briged dan Brig Jen TNI Bambang Ismawan, Dankolakopsrem 121/ABW dilengkapi dengan aktiviti sekatan jalan raya di pintu masuk sempadan Malaysia/Indonesia.

Disamping mengeratkan hubungan persaudaraan antara TDM dan TNI-AD, aktiviti yang dilaksanakan juga bertujuan unuk mengawal barang-barang terkawal dari bebas memasuki Malaysia ataupun Indonesia. Walaubagaimanapun, tiada salah laku atau aktiviti jenayah yang berlaku di sempadan Serikin/Jagoi Babang pada waktu pengoperasian tersebut.

Turut hadir semasa tinjauan tersebut adalah wakil daripada IPD Bau dan Pihak Kastam Indonesia.
Tinjauan bersama TDM & TNI-AD di sempadan Tinjauan bersama TDM & TNI-AD di sempadan Reviewed by Admin on April 02, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.