Seo Services

Tular Lelaki Rosakkan Bendera BN


KUALA LUMPUR: Satu rakaman video menunjukkan tindakan seorang lelaki dipercayai rakyat tempatan merosakkan bendera Barisan Nasional (BN) di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, tular dalam media sosial, semalam.

Video berdurasi 0.41 saat itu dipercayai dirakam seorang pengguna jalan raya yang melalui Jalan Burhanuddin Helmi, TTDI, jam 10.30 pagi semalam.

Rakaman itu memaparkan lelaki terbabit mencabut, membuang dan mematahkan beberapa bendera BN di tepi jalan tidak jauh dari Balai Polis TTDI di sini.

Menyedari tindakannya itu dirakam, lelaki terbabit kemudian mengeluarkan perkataan dan isyarat lucah terhadap individu merakam tindakannya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segambut Ahmad Baidzawi Saleh Hamdi berkata, pihaknya kemudian membuat satu laporan di Balai Polis TTDI jam 3 petang semalam.

“Kami mewakili UMNO Bahagian Segambut mengecam tindakan lelaki terbabit yang melakukan perbuatan itu sebagai satu bentuk provokasi dipercayai boleh menghuru-harakan keadaan selepas Parlimen dibubarkan.

“Bayangkan jika ada pihak yang tidak puas hati dengan tindakannya, kita percaya berkemungkinan akan wujudnya tindak balas daripada pihak lain sehingga berlaku pergaduhan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, atas dasar dan sikap matang, UMNO Segambut melakukan langkah sewajarnya iaitu membuat laporan polis dan menggesa siasatan segera dilakukan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pelaku berkenaan.

“Sebenarnya, ini bukan kali pertama bendera atau sepanduk BN dirosakkan dalam Bahagian Segambut, sebelum ini pernah berlaku di Bandar Manjalara, namun ini yang pertama dapat dirakam,” katanya.-myMetro
Tular Lelaki Rosakkan Bendera BN Tular Lelaki Rosakkan Bendera BN Reviewed by Unknown on April 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.