MUKAH: Semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya di negeri ini harus membuat persediaan dari sekarang bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) seterusnya.
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak PKR Abdul Jalil Bujang berkata, ahli parti mesti cukup persediaan dari aspek mental serta fizikal.
“Semua ahli harus bersedia secara fizikal dan mental untuk berhadapan PRN seterusnya,” katanya dalam perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Mukah baru-baru ini.
Antaranya adalah jangan memandang rendah terhadap keupayaan lawan seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Ahli PKR negeri juga bagi mengukuhkan kedudukan parti, harus merekrut dan mendaftarkan seberapa banyak keahlian baharu serta daftar undi.
Abdul Jalil yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Mukah turut menasihati ahli parti untuk mengasimilasi dengan misi parti sebenar.
“Tujuan kita di dalam parti bukanlah untuk mendapat hak istimewa seperti diamalkan rejim terdahulu,” ujarnya.
Namun, ia bagi membantu kerajaan memenuhi janji dalam manifesto serta berkhidmat dan menjelaskan program kerajaan supaya rakyat mendapat menfaat sepenuhnya.
Beliau pada masa sama turut mengingatkan semua ahli hadir semula pada 6 Oktober 2018 untuk menunaikan kewajipan memilih pimpinan parti bagi peringkat kebangsaan. UTUSAN BORNEO
Semua ahli PKR harus mulai siap siaga hadapi PRN: Abdul Jalil
Reviewed by Admin
on
August 30, 2018
Rating:

No comments: