Seo Services

Untung bersih enam bulan PETRONAS RM26.6 bilion


KUALA LUMPUR: Syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS mencatatkan keuntungan bersih RM26.6 bilion bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2018, meningkat 54 peratus berbanding RM17.3 bilion tempoh sama tahun sebelumnya.

Pendapatannya pada enam bulan pertama tahun ini meningkat lapan peratus kepada RM117.2 bilion, berbanding RM108.1 bilion pada tempoh sama tahun lalu, demikian menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin pada taklimat media di sini, hari ini.

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2018, keuntungan bersih dicatatkan PETRONAS melonjak 94 peratus kepada RM13.6 bilion, berbanding RM7 bilion pada suku kedua 2017.

Pendapatan yang diraihnya pada suku dikaji pula meningkat 15 peratus kepada RM59.2 bilion, berbanding RM51.6 bilion pada tempoh sama tahun lalu. - BHonline


Untung bersih enam bulan PETRONAS RM26.6 bilion Untung bersih enam bulan PETRONAS RM26.6 bilion Reviewed by Admin on August 30, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.