Seo Services

Zakat agar LGBT bebaskan diri dari belenggu dosa

Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Pemberian zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) adalah bertujuan untuk membebaskan golongan itu daripada belenggu dan cengkaman dosa.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, disebabkan itu golongan LGBT diletakkan di bawah al-Riqab yang pada asalnya membawa maksud pembebasan diri daripada perhambaan.

"Saya percaya bukan pihak LZS mahu beri zakat kepada golongan-golongan tersebut atas sebab keterlibatan dengan LGBT atau seumpamanya.

Sebaliknya, untuk membebaskan mereka dari belenggu LGBT dan cengkaman dosa yang lain," katanya menerusi Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, usaha LZS itu merupakan satu usaha yang baik bahkan, boleh diletakkan di bawah dakwah fi sabilillah.

"Jangan kita salah faham. Walaupun itu isu di Negeri Selangor, saya percaya saya wajar membantu mereka dari disalahfahami oleh sesetengah pihak," katanya. - Sinar Harian
Zakat agar LGBT bebaskan diri dari belenggu dosa Zakat agar LGBT bebaskan diri dari belenggu dosa Reviewed by Admin on September 05, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.