KUALA LUMPUR 5 Okt. - Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng menafikan bahawa beliau mendakwa laman sesawang WikiLeaks menyiarkan butiran akaun bank Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Teck Meng berkata, penafian laman sesawang antarabangsa yang terkenal dengan penyiaran dokumen-dokumen rahsia itu berkenaan perkara tersebut semalam adalah berdasarkan dakwaannya di Parlimen lima tahun lalu.
"Sila semak semula di Parlimen pada tahun 2013. Tapi saya gembira akhirnya selepas lima tahun WikiLeaks jawab pertanyaan itu. Saya tidak ada keluarkan apa-apa kenyataan baru-baru ini.
"Mungkin ada orang keluarkan semula isu ini berikutan Anwar akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson tidak lama lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, WikiLeaks di laman Twitternya menafikan telah menerbitkan butiran akaun bank yang dikatakan milik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
WikiLeaks berkata, ia berikutan dakwaan Teck Meng terhadap Anwar, dengan memetik butiran yang dikatakan dibocorkan dan disiarkan di laman sesawangnya. - UTUSAN ONLINE
Akaun Anwar: Teck Meng nafi keluar kenyataan berkenaan WikiLeaks
Reviewed by Admin
on
October 05, 2018
Rating:

No comments: