Seo Services

Ambil Alih Kerajaan Sarawak Jadi Agenda Utama DAP


KUCHING: Memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) seterusnya membentuk kerajaan Sarawak baru yang lebih telus dan adil merupakan agenda utama Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak pada Konvenyen parti itu yang akan berlangsung bulan depan.

Setiausaha DAP Sarawak, Senator Alan Ling berkata, Sarawak amat memerlukan sebuah kerajaan baru yang boleh menjanjikan tadbir urus yang telus serta mampu mengurus sumbernya secara adil, lapor The Borneo Post.

Justeru katanya, tema konvensyen parti itu pada tahun ini adalah jelas memandangkan pilihan raya negeri akan datang dijangka pada 2021.

Konvensyen DAP Sarawak dijangka diadakan di Kuching pada 4 Nov nanti.

"Ia hanya normal untuk menetapkan sasaran lebih tinggi kerana kita mahu melaksanakan dasar yang lebih baik untuk memberi manfaat kepada rakyat Sarawak, hanya Pakatan Harapan (PH) mampu membawa perubahan sebenar sebaik sahaja ia dipilih sebagai kerajaan negeri.

"Satu contoh keikhlasan PH adalah usaha cepat dan tegas untuk meminda Perkara 1 (2) perlembagaan persekutuan yang bertujuan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak dan membuka jalan bagi hak-hak autonomi untuk dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak, " katanya dipetik sebagai berkata.

Gabungan PH yang kini memerintah kerajaan persekutuan terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). – ibupertiwiku.com
Ambil Alih Kerajaan Sarawak Jadi Agenda Utama DAP Ambil Alih Kerajaan Sarawak Jadi Agenda Utama DAP Reviewed by Admin on October 17, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.