SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang esok (Khamis) sebelum dibawa ke mahkamah untuk didakwa pada Jumaat.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Menurut Lokman yang juga Pengerusi Pemantau Malaysia Baharu, Zahid telah diberikan notis serah diri pada jam 1.45 petang hari ini, yang memintanya menghadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya jam 3.00 petang esok.
“Sehubung dengan itu, saya menyeru semua rakyat, khususnya Ahli-Ahli dan Kepimpinan UMNO untuk hadir sama sebagai tanda #Solidariti4PresidenUMNO jam 9.00 malam (Khamis) di hadapan Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya dan jam 8.00 pagi (Jumaat) di Mahkamah Syesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur.
“Ayuh kita sama-sama hadir mempertahankan Presiden kita yang kini menjadi sasaran regim Zalim Mahathir DAP.
“Jangan biarkan Presiden kita keseorangan! Korbankan hanya sehari untuk kita mempertahankan Maruah UMNO yang kini cuba dirobek oleh sang penguasa.
“Hadir untuk menyatakan sokongan secara aman bukan merupakan satu kesalahan, usah gentar untuk turun,” katanya.
Zahid yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri minggu lalu memberikan keterangan kepada SPRM selama tiga hari bermula 10 Oktober (Rabu).
Ia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengenai penyelewengan dana Yayasan Akal Budi berjumlah RM800,000 yang dikatakan digunakan untuk membayar bil kad kredit.
Zahid adalah pengerusi yayasan itu yang ditubuhkan oleh keluarganya untuk menjalankan kegiatan amal.
Untuk rekod, pada Julai lalu, Zahid memberi keterangan sebanyak dua kali kepada SPRM berhubung siasatan kes yang sama. -SuaraTv
Zahid Dijangka Ditahan SPRM Esok, Akan Didakwa Pada Jumaat – Lokman
Reviewed by Admin
on
October 17, 2018
Rating:
Reviewed by Admin
on
October 17, 2018
Rating:

No comments: