KUCHING, 10 Okt (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu projek inovasi yang dihasilkan pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam negeri di dibawa ke pasaran dunia.
Beliau berkata rakyat Sarawak perlu memiliki budaya mencipta serta mempunyai teknologi terkini yang seterusnya dapat memberi kebaikan kepada negeri, Malaysia dan dunia.
"Saya baru pulang daripada Silicon Valley (Amerika Syarikat) saya telah ke Plug and Play Tech Center syarikat permulaan inovasi global yang mempromosi banyak syarikat baharu dan juga produk.
"Saya bayangkan kalaulah hasil tuan-tuan dapat kita kaitkan dengan Plug and Play dan dan seterusnya dipromosi ke seluruh dunia barulah orang tahu Sarawak juga pencipta, saya harap satu hari nanti produk anda dapat disenaraikan dalam syarikat ini dan seterusnya dipromosi secara global," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan majlis penutupan rasmi konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Sarawak 2018 yang disertai 97 kumpulan dengan penglibatan seramai 785 orang penjawat di sini malam ini.
Pada konvensyen tersebut, Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan memenangi Anugerah Inovasi Ketua Menteri (Kategori Agensi Persekutuan) menerusi inovasi 'water rescue bodies bag' manakala Dewan Bandaraya Kuching Utara memenangi Anugerah Inovasi Ketua Menteri (Kategori Pihak Berkuasa Tempatan) menerusi inovasi 'MDL-EZ-SLOT'.
Bagi Anugerah Inovasi Ketua Menteri (Kategori Pejabat Residen dan Daerah) dimenangi oleh Pejabat Bahagian Sibu menerusi inovasi 'Sibu Connection Apps' manakala untuk Anugerah Inovasi Ketua Menteri (Kategori Agensi Negeri) dirangkul oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Bahagian Limbang yang mencipta 'Monitoring of Tol For Resettlement and Extension Scheme System'
Semua pemenang bagi setiap kategori menerima wang tunai RM5,000 serta piala. -- BERNAMA
Bawa projek inovasi kik ke pasaran dunia - Abang Johari
Reviewed by Admin
on
October 11, 2018
Rating:
Reviewed by Admin
on
October 11, 2018
Rating:

No comments: